Sunday, 16 October 2011

wudhu

assalamualaikum semua..
pg ni aku terjaga dari tidur kul 3 lebih2 ..
tetiba hati rasa takut kerana belum solat isyak lg .. alhamdulillah selepas selesai solat aku rasa cam nak update je blog ni.. tetiba aku terfikir , berapa ramai kah diantara kita yang berwudhu' tetapi tak tahu fungsi wudhu' ..
macam ni lah serba ringkas apa yang aku tahu dan pernah terbaca di salah satu tempat wudhu' di salah sebuah masjid :

BERKUMUR - memohon agar diampunkan dosa-dosa mulut . (hari-hari bercakap benda yang tak berfaedah/berdosa)
MUKA - memohon agar ALLAH SWT memutihkan wajah di akhi. (ahli syurga wajahnya berseri-seri)
TANGAN KANAN - memohon agar diberikan kertas amalan dengan tangan kanan (ahli syurga diberikan kertas amalan dengan tangan kanan)
TANGAN KIRI - memohon agar dijauhi daripada diberikan kertas dengan tangan kiri (ahli neraka diberikan kertas amalan dengan tangan kiri)
KEPALA - memohon agar dilindungi daripada panas terik matahari ketika mana matahari sejengkal diatas kepala
TELINGA - memohon agar diampunkan dosa-dosa telinga (hari-hari mendengar benda-benda melalaikan)
KAKI KANAN - memohon agar dipermudahkan kita melalui titian " siratal mustaqim" .
KAKI KIRI - memohon agar dijauhi daripada pergi ke tempat-tempat maksiat .


" setiap apa yg telah dituntut dalam islam ada hikmahnya "
selesai berwudhu' lakukan solat sunat 2 rakaat..besar ganjarannya..


Humran bekas hamba Uthman bin Affan mengatakan Uthman bin Affan meminta sebaldi air bagi berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh tapak tangannya sebanyak tiga kali.
Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air lalu berkumur-kumur dan membersihkan hidung, dan memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkan air itu semula.
Seterusnya dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh dua tangannya hingga siku sebanyak tiga kali. Selepas itu dia berkata, Rasulullah berpesan, “sesiapa yang berwuduk sepertiku ini, kemudian solat (sunat wuduk) dua rakaat dengan khusyuk, pasti diampuni dosanya yang lalu,” (Hadis Riwayat Bukhari) - DIPETIK DARIPADA BUKU DIARI HIDUP RASULULLAH (SAW).



Rasulullah SAW juga pernah mendengar bunyi kasut tukang azannya -Bilal- didalam syurga , lalu ditanya kepada Bilal apakah amalan khusus dilakukannya ? lalu Bilal menjawab bahawa beliau mendirikan solat sunat selepas wudhu' hampir setiap kalinya . [shahih al-Bukhari no : 1149]


wudhu' sempurna segala amalan kita sempurna..

3 comments: